Thursday, April 28, 2011

Most creative holder

nampak macam ngeri
tapi convenient la untuk letak pisau
lebih selamat

The Butt Station Desk Accessory Holder

cute sangat!
walaupon nampak macam pelik
tapi i want one!



Toothpick Holder, Ouch!


sangat cool !

tak payah risau hilang kunci lagi
kunci akan lebis selamat kalau letak kat sini

rasa nak lepaskan kemarahan?
bila2 boleh tikam tepat di jantung patung ni
menggunakan pen sendiri


senang bila baca novel :)


Creative Cooking Tool

 Animal House Monkey Peeler

pengupas kulit monyet yang comel :)
bila guna ni agaknya seronok sikit nak kupas kulit buah ke,kupas kulit kentang ke


Head Chefs Whisk
head chefs whisk namanya
alatan yang cute ni sure boleh tarik minat budak2 nak masak
or even anak dara yang pemalas masuk dapur


Piggy Timer
egghead timer
tempat masak telur ni super cute
so,kalau nak masak telur separuh masak
akan tepatlah masanya

Guitar Spatula

guitar spatula
memasak akan lebih seronok kalau masak guna sudip gitar ni

Hedgehog Grater

hedgehog grater
walaupon bentuk pelik,tapi boleh hiris cheese ke,sayur ke :)

Wednesday, April 27, 2011

Interview


menjerit bagai nak gila bila tengok skrin komputer

"sebuah interview kemasukan degree ke uitm menanti"
ini baru dapat interview,belum sah dapat lagi
nevermind! tengah semangat ni!
semangat berkobar-kobar nak kembali ke UITM ni
ke faculty idaman ku :)
tengok status kawan lain,some of them macam sedih dapat interview
sebab diorang ingat tak dapat law
rileks la, chill!
ini back up je. kalu pass dapat band 4, dapat la tu
kalau tak dapat band 4,still ade course ni
if korang pergi interview la
kan kita ni semua dah dijanjikan tempat kat uitm
kemasukan ke degree dijamin asalkan qualification dia dipenuhi

aku kalau layak pon, memang dah tak pandang faculty law tu
adios forever ! i am in love with APB * Akademi Pengajian Bahasa*
demi memenuhi impian dan minat aku terhadap bahasa Melayu
aku bersemangat nak masuk faculty ni
tak kisah la orang nak cakap ape
sebab dah tak amik law
aku yang nak belajar,bukannya depa ! kan ! kan!

amik asasi Law,hanya sebagai batu loncatan aku untuk ke degree awal
and plus,kat uitm tak ada tawarkan diploma yg berkaitan bahasa MElayu
so alternatifnya yg lain adalah
amik foundation and then jump into degree in pengajian BM
see! well planned kan
semua nya dah diatur dan dirancang dari awal

Law is not for me! cukuplah setahun hadap law
at least ok what
ada basic in law
interesting sebenarnya
dapat tahu pasal legal world
tahu hak kita, boleh saman orang,macam mana nak saman

so,dah mesej akak senior yg amik course ni
so ade la few tips dia kongsi
*
bace maklumat2 pasall bahasa melayu kat surat khbr, majalah, dewan bahasa n pustaka punya website, and bg sbb knapa nk masuk apb.... pastu, dia pon akan tanya gak pasal english sikit2... adik msti xde problem ngn english kan? :) itu je... yg penting confident! n jawab soalan dgn senang hati! .yg pntg tau info semasa, info pasal apb, n info pasal kedudukan bahasa melayu.

SO,dah kena start buat research.. kena preparekan diri ni nak pergi interview
harap2 dapat jumpa kawan2 lama yg sama interview :)
wish me luck :)

Monday, April 25, 2011

Andainya Lelaki ...........

Andainya lelaki tahu..

Apabila seorang perempuan jatuh cinta,

lelaki itu tidak semestinya punya segalanya

tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.


Andainya lelaki tahu..

Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata,

itu bukan bermakna dia lemah,

tetapi dia sedang mencari kekuatan

untuk terus tabah menyintai lelaki itu..


Andainya lelaki tahu..

Apabila seorang perempuan marah,

memang dia tidak mampu mengawal perasaannya

tapi percayalah, itulah maknanya

dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu..

Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh.

Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang,

semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku..


Andainya lelaki tahu..

Apabila perempuan bercakap banyak,

dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas,

tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat..


Andainya lelaki tahu..

Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah,

itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya,

tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik,

bukan untuk dirinya,

tetapi untuk masa depan anda..


Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda,

bukan bermakna dia tidak sayang..

tetapi dia terlalu sayangkan anda

dan masih menganggap anda anak kecil

yang masih memerlukan sepenuh perhatian..

Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya,

anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi.

Naluri keibuannya sangat kuat.

Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda..


Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan merajuk,

jangan kata dia mengada-ngada.

Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit

atau hadiah sedozen,

tetapi cukup dengan perhatian

yang boleh buat perempuan rasa dihargai..


Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’,

itu tidak bermaksud dia tidak menyintai

tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya,

bukan hanya hadir dari kata-kata

tetapi juga melalui bahasa tubuhnya..


Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu,

dia benar-benar maksudkannya.

Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata..


Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu,

jangan percaya kata-katanya

kerana dia hanya mahu menguji kamu.

Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya.

Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya..

Selagi dia dengan kamu, percayalah,

walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya

tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik..


Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan menjadi degil,

dia bukan bermaksud untuk menjadi degil

tapi dia mahu melihat

sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya..

Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.

Andai kena caranya,

jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat..


Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan berkata,

“tolong tinggalkan saya!”,

dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya.,

Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja..

Apabila dia kembali tenang,

percayalah dia akan mencari anda semula.

Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda.

Perempuan sukar untuk mengawal perasaan.

Dia terlalu emosional..

Tapi dialah yang paling menyayangi anda

dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.


Andai lelaki tahu..

Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu

dengan perbezaan yang tersendiri.

Tetapi sekiranya mereka saling memahami,

mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan.

Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali.


Di sebalik air matanya,

tersimpan seribu satu kekuatan

yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya.


Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah

tapi dia punya kekuatan tersendiri

yang bisa menggoncang dunia

dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya.


Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda

kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja

tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda

dan membuatkan hidup anda lebih sempurna.



diilham oleh orang lain*


applying jobs :)


So pagi tadi plan dengan Nur Amalina & Syamirul Amin
untuk misi mencari kerja
1st tempat ke aquaria. dah lah agak jauh and kene pergi office HR
bangunan sebelah KLCC
dukacitanya tak ada any vacancies
so dengan hampanya
try kat Watsons,tapi full juga
next, ke toys*r*us
peluang macam cerah sebab baru renovate kedai and pekerja mcm tak ramai
habis isi borang, ke TGV Cinemas
macam berminat,minta borang pon senang
isi borang pon senang
last but not least
Kinokuniya
hantar resume,tak minat pon nak kerja sini
saje ikut kawan :)


sebelum balik,singgah sekejap petrosains,walaupon tutup
teman diorang ni isi borang
nak tunggu interview petrosains ni sumpah lambat
pertengahan bulan 5
nak sangat kerja sini,tp nak lalui interviewnya sangat la tough
lepas "graduate" dr asasi tu terus hantar borang,tp still kena tunggu bulan 5 :(


so Mr Manager, please call me for interview :)
sangap nak kerja ni!
hopefully toys*r*us :)
boleh cuci mata tengok toys :0



Friday, April 22, 2011

BOOO !!

kepada kamu
memang,kami kurang arif
kami tak pandai
masih dalam proses belajar
tak belajar oversea pon
tapi ada cara nak menegur
ada cara nak mengkritik
ada cara nak bagi pandangan
kau bagi komen macam tu
nampak sangat kau LOSER
dah macam tak ada pendidikan

dah banyak kali la wey
dah bosan aku nak hide kau dari tgk status aku
menyesal la friend dgn ko kat fb
kat belakang kau,dah ramai org mengeluh
dengan perangai pelik kau
tak berubah dari kecik lagi
patutlah tak ada kawan
menyendiri je
ini kot perangai orang PANDAI ! !

i hate you,you are dumb !

Thursday, April 21, 2011

ISI HATI LELAKI


So, adakah anda tahu isi hati lelaki? bagaimanakah anda boleh mengetahui apa yang lelaki fikirkan?

Apakah yang terpendam di jiwa lelaki?

Tapi bagi mereka yang belum tahu tu…

The truth ...LELAKI IS VERY SIMPLE! …ISI HATI LELAKI, lagi lah mudah untuk diketahui. Tetapi ramai wanita hanya mahu memahami dengan cara mereka sendiri apabila ianya bertentangan, lalu dikatakan lelaki itu complicated!

Mana ada complicated? Lelaki is easy to understand, contoh :-


Contoh 1 : Jika lelaki kata, TAK MAHU. Jangan lah pula tanya “Mengapa tak mahu, pelik lah you ni.” – Aik? Tengok, dah buat complicated. Lelaki cakap TAK MAHU. That’s it, and that’s all…

Isi hati lelaki : Apa lagi yang nak confused? Dia tak mahu, tak suka, tak berminat… habis cerita lah. Tak ada reason lain, tak perlu pelik-pelik, just terima je, dia TAK MAHU.


Contoh 2 : Lelaki kata, “Kalau kita ada jodoh ada lah, tapi buat masa sekarang I nak fokus pada kerja I. Sekiranya you bertemu dengan lelaki yang lebih baik, I redha” – Okay, simple habis… ini adalah contoh lelaki yang cakap berlapik dan sopan serta mahu menjaga hati wanita.

Isi hati lelaki : Yang sebenar dia nak cakap, “I tak nak kat you, jadi you pergi dengan orang lain je lah!”


Contoh 3 : You syok kat mamat ni, dia okay la layan you. Pastu dia sangat rapat dengan you dan you suka sangat dengan cara dia, kemesraan dia pada you. Tetapi, dia tak pernah cakap yang dia nak kat you. Atau dia tak pernah pun bercerita tentang how he felt for you. So you beranikan diri kata you suka dia, and dia pun kata dia suka you. TAPI, you still confused, samada you dan dia ni bercinta ke?, atau akan ada percintaan ke?, atau maybe dia malu nak cakap dia berminat dengan you ke…you confused.

Isi hati lelaki – TAK PERLU CONFUSED! – Dia nak kat you dia akan cakap atau dia akan berkorban apa saja kat you. Dan dia akan jadi giler-giler nak berkepit dengan you setiap masa. Dia akan kelam kabut nak berhubung dengan you setiap hari That’s it! – Kalau dia tak cakap, that means dia tak nak kat you lah… Simple! Segala kemesraan dia hanyalah sekadar kawan biasa, of all you know, dengan all girls kenalan dia pun, dia macam tu.


Contoh 4 : Lelaki ni selalu call you, dia juga selalu ajak you keluar, makan-makan, -minum dan sometimes shopping. Kalau ada apa-apa masalah je sure dia akan contact you dah menceritakan segala masalah dia kat you. You become confused sangat… “Kalau betul dia ada girlfriend atau dia suka kat girl lain, pasal apa dia asyik cari aku ek?”

Isi hati lelaki – Lelaki berkawan, BUKAN hanya dengan lelaki saja. Dengan wanita pun dia boleh anggap true friend seperti kawan-kawan lelakinya jugak. Tak boleh ke? Hehe… dia suka keluar dengan you dia suka shopping dengan you, sebab dia suka tengok reaksi dari pandangan wanita, that’s it! It’s got nothing to do with feelings!


Contoh 5 : Dulu lelaki ni beriya-iya sangat menghubungi you, hari-hari call dan berpuluh sms setiap masa. Sampai rimas lak… so after a while, dia dah kurang sms, call pun dah tak ada. You pulak yang asyik call dia, you pulak yang berpuluh sms kat dia. Tu pun dia reply sekali je. Sometimes tak reply langsung. Sometimes berhari-hari atau berminggu dia senyap. You confused… “Apa salah I? Apa yang I dah buat?”

Isi hati lelaki – “It isn’t you! It’s me…hehe” – Yaa, the truth is lelaki itu sudah tidak berminat. Dulu yes berminat dan suka sangat kat you, just that maybe ada girl lain yang lebih baik, atau maybe perangai dan cara you membosankan jadi, semangat untuk bercinta dah hilang, nak call, nak sms… jauh sekali la kan. It’s that simple, …dah tak berminat, asyik bertekak, bergaduh bosan!


Contoh 6 : You rasa pelik, lelaki ni…macam biskut, sekejap ada, sekejap tak ada. Sekejap muncul sekejap ghaib, hilang tah kemana. Tak ke dia rindu macam you rindu kat dia? Confused! Confused!

Isi hati lelaki – RINDU, bukan tak rindu tetapi lelaki itu sudah beristeri. Atau lelaki itu sudah ada tunang atau kekasih yang cukup ketat ikatannya. Masa muncul tu, masa dia free dari ikatan tu lah. Masa hilang tu, duk dengan bini lah beb… hehe simple!


Contoh 7 : Kat office ada laa seorang lelaki ni, pemalu, cute tapi juga peramah orangnya. Baik hati, sometimes siap belikan you makan dan minuman. Selalu belanja you dan kat meja dia, selalu tersenyum simpul kat you dan kalau dia ada masalah kerja dia pun selalu cari you. Padahal ramai lagi girl lain. Hati pun berkocak, jiwa pun bergelora, teruja dengan sikapnya. Adakah dia syok kat aku? Adakah dia berminat dengan aku, tapi MALU nak cakap?

Isi hati lelaki – YES, lelaki itu berminat dengan you tetapi dia juga berminat dengan girl lain juga. Kalau tidak dia sudah lama cakap, I love you WALAUPUN dia pemalu. Mungkin dia cakap melalui perbuatan. Atau pengorbanan. Since dia tak buat dan tak sanggup pun bersusah payah untuk you. Maybe he JUST BEING NICE saja


Contoh terakhir : You sudah bercinta lama dah…lama sangat! Okay lah you tahu lah you dan dia dah kurang mesra sebab you all pun selalu sangat bergaduh! TETAPI you confused dan geram sebab tiba-tiba je dia menghilang diri lama, dan bila dah lama tu baru cakap nak berpisah. Dia tak explain pun sebab apa nak berpisah, in fact dia tinggal you gitu je, tak ada kata-kata akhir dan penjelasan, how you wish to know apa silap you dan mahu perbetulkan.

Isi hati lelaki – TAKUT! …ingat senang ke nak cakap kat girl, “Eh I nak berpisah dengan you!” Takut tau hehehe…itu yang belah gitu je tu. Pastu nak explain apa lagi…dah memang tak suka dah, takkan nak cakap kat you dia tak suka, atau dia dah bosan dengan you? nanti you melenting, menjerit dan cekik dia hahahaha…


Article di atas dicilok dkat page sape tah kat fb

seriously,bila baca article ni baru faham sebenarnya ape sebenarnya lelaki fikir

sebab kita perempuan,susah sikit nak faham perangai kaum adam ni

walaupon depa habaq yg depa ni kaum yang simple

tapi disebabkan kadang2 diorang ni suka putar belit

yela.alasannya tak nak lukakan hati wanita. ye kan?


contoh ke 3 smpai la contoh ke 7

sejujurnya aku admit yang aku pernah berperasaan mcm tu

kadang2 perasaan perasan ni selalu menjengah


yela,semulajadinya

perempuan ni kalau nak tahu! diorang ni jiwa lembut kan..jiwa muda tersentuh

and kalau korang kaji betol2, korang ni muka tak la HENSEM mana

tapi kalau pandai mengayat, pandai amik hati

mana2 perempuan tak kira cun ke hodoh ke

pastinya jatuh hati lah

perempuan ni senang.. kalau pandai amik hati senang je nak cair

rupa paras tolak tepi

itulah kalo korang pandang sekeliling,ramai perempuan cantik

kahwin dengan laki yang tak hensem mana

masa tu mula la kaum adam ni jealous..

yela,yg mana perasan hensem tu,terlepas dapat perempuan cun

and plus,ikut pandangan aku kat korea tu

pelawak2 yang tak KACAK

isteri diorang CANTIK gila la!setaraf model

sebab ape?? sense of humour and pandai ambil hati tu yg penting


so,back to the point

perempuan mana la yang tak jatuh hati

kalau lelaki layan dengan specialnye

lelaki ape taw! tau kondem perempuan smpai cakap

kami ni PERSAN LEBIH!


bagi aku la,selepas baca article ni
aku lebih berhati-hati
bila kadang2 tiba2 rasa nak perasan
cepat2 cover
cakap dalam hati yang diorang ni nak berkawan je
not more than FRIEND :)