Thursday, December 16, 2010
The Berudus of LWP02B
Thursday, November 25, 2010
Chapter 2 LWP02B
Saturday, November 20, 2010
Saturday, October 30, 2010
Kem Bina Semangat,Kuala Kubu Bharu~Kumpulan 1 siri 7/2010
teringin nak buat segmen tentang PLKN..kenapa?
Pakaian Celoreng
(a) 2 helai Baju Celoreng (pinjam je)
(b) 2 helai seluar celoreng
(c) 1 pasang boot
(d) 2 pasang “sock worsted grey”(hak sendiri)
(e) 1 unit tali pinggang
(f) 1 unit Beret(hak sendiri)
(g)2 helai inner loreng( hak sendiri)
pakaian sukan semuanya hak kita.boleh bawa balik
t-shirt sukannye agak seksi sebab kaiinye melekat kat badan untuk mereka yang berbadan gempal...tapi pandai2 cover la..oh ye,tudung masuk dalam ye.
2. Pakaian Sukan
(a) 2 helai baju T sukan
(b) 2 helai seluar sukan
(c) 1 pasang kasut sukan
(d) 2 pasang stokin putih
(e) 1 unit topi “baseball”
pakaian kelas wajib pakai waktu modul dalam kelas dan waktu ibu bapa melawat..
personally,aku tak suka baju kelas ni. sebab agak tak selesa dan orang cakap mcm baju kilang bagi perempuan and posmen bagi lelaki.. hahahahaah....lagi 1,baju kelas ini,kena pakai dgn kasut kelas iaitu kasut tumit tinggi.. bagi aku yang ganas sikit ni,memang rimas nak pakai kasut tu.. :D
.3 Pakaian Kelas
(a) 2 helai baju kelas
(b) 2 helai seluar kelas
(c) 1 pasang kasut hitam(
(d) 1 unit tali pinggang
(e) 2 pasang stokin hitam
1.1.4 Lain-lain
(a) 2 helai tudung (untuk wanita muslim)
(b) 2 helai tuala
(c) 1 berus kasut
(d) 1 pengilat kasut
- baldi,sabun cuci baju,berus,hanger,penyepit
- alatan mandi
- kain batik
- alat tulis( pen dah cukup)
- selipar
- kasut sukan(penting in case kasut sukan yg diberi basah)
- sandal
- stoking lebih
- botol air
- stok makanan(maggi and biskut popular kt kem)
- kalau sapa2 yang tak leh berjauhan dgn bantal busuk,boleh bwk tapi pandai2 sorok
- baju tradisional kaum masing2..penting untuk aktiviti kebudayaan
- untuk kaum Melayu,bawa la baju kurung & Melayu bnyak2..boleh kongsi dengan bangsa lain..ini biasanya amalan budak2 PLKN
- bawa je alatan2 hiburan seperti gitar,seruling ,game card ke,alatan melukis ke .. boleh guna untuk aktiviti kebudayaan
- ubat-ubatan penting tau.. panadol,minyak angin,minyak gamat,plaster,ubat gatal,spray penghalau serangga(untuk masuk hutan)
- kamera
- sila bawa handphone yang paling cikai@murah ye.. di kem sangat popular dengan kecurian handphone..
- kalau rasa nak bawa duit,bawa la..untuk kegunaan beli makanan kat cafe ke,shopping waktu outing ke,and untuk beli gambar2 PLKN
- JAM LOCENG sangat penting ye.sebab korang tak akan bergantung kepada alarm clock handphone kerana handphone akan disimpan. so,bawa la jam loceng yg boleh mengejutkan korang bangun
- sampai aje di kem,kitorang disambut oleh jurulatih sorang ni,Cikgu Syed.
- dia bagi ucapan pembukaan sikit..haha.. dia pesan jejak je kami semua kat kem ni,ktorang dipanggil wira&wirawati..no more panggil nama..
- then,masuk bilik pemeriksaan,ada spotcheck beg..Alhamdullilah,tak ada barang aku yang kena rampas..yang bawa barang elektrik,gunting semua kena rampas
- habis je spotcheck,kitorang kena beratur ikut bangsa masing-masing dan diberikan warna dan no dorm masing-masing.aku dapat dorm E1 dan warna biru
- dorm aku agak hujung dan bersebelahan kembara berhalangan. masuk je dorm,pilih katil la ape lagi.mula-mula pilih katil depan sekali,then tukar tengah2..sebelah aku kosong,sebelah kanan budak Sabah,Dyla..
- lepas letak barang,aku usha bilik air. eeerrr..terus rasa tak sedap hati..agak tak selesa.yela,orang tak biasa duduk hostel.
- lepas lunch,pelatih dikehendaki pergi mendaftar,ambil baju dan peralatan..
- masa tu,tengok kat bilik sebelah,wira kena botakkan kepala. macam2 ragam.ada yang menangis pon ada..haha..kesian..lepas wira botak je dah tak boleh wirawati nak cam muka..semua wira sama aje mukanye.
- aku ada masalah sikit dengan saiz baju.terpaksa la kena menghadap orang yang sangat kerek untuk tukar saiz baju.
- hari esoknye kitorang dapat kasut.ade juga masalah saiz.tapi terpaksa la terima apa yg dibagi.
- 2 hari yang pertama sangat menyeksakan.mengalir je airmata ni.ingat kat family,rumah.
- sebab tak ada aktiviti,terperuk je kt dorm..sangat bosan dan sunyi.yela,tak ada kawan lagi.tiap2 hari call kawan.tak berani nak call family.
- memang aku akui,seminggu pertama ,agak menyeksa diri.rindu rumah,asyik menangis je,sengal2 badan.
- lama-lama rumah pon dah tak ingat.seronok gila kat kem.
6.30 am: habis solat kena bergegas masuk baris mengikut tempat yg disediakan. Masa ni nampak la muka monyot pagi-pagi.muka mengantuk.haha . bila semua wirawati dah ready,ajuntan @ ketua wirawati akan bagi arahan masuk baris dekat padang kawad. Dalam barisan kompeni Delta,tempat aku di depan sekali dan di hujung. Uh! tak suka sebab bersebelahan dengan wira . ahakkss
Chip wirawati masa ni akan bagi arahan
Sedia! Senang diri! !rehatkan diri! Macam2 la. Tambah pula dengan jeritan jurulatih bila nampak baris tak lurus,bercakap dalam baris,berdiri dengan 1 kaki. Perasaan mase waktu ni,mmg panas habis. Ye la,kena berdiri dlm baris selama 1 jam sambil kena marah tapi kadang-kadang ditenangkan dengan kesejukan dan keindahan waktu pagi di Kuala Kubu Bharu. Terbaik !
Lepas tu ktorang kena nyanyi 3 lagu
Negaraku
Lagu plkn
Lagu 1 malaysia
Ikrar ,doa.
7.30 am: kompeni terbahagi dua. Alpha & Bravo dan Charlie &Delta akan bergabung
Bergilir2 dua kompeni akan buat senam robik dekat padang kawad dan ade yang kena jogging kat padang. Selalunye Alpha & Bravo je yang dapat senamrobik.tak adil L. Hahaha
8.00am:pergi sarapan then balik dorm tukar baju kelas
8.30am: beratur ikut kompeni bergerak dari dorm ke padang kawad. Dengar taklimat dari ketua cikgu CB lepastu akan diberi arahan beratur ikut kelas. Akhir sekali akan ade lawan2 sorakan kelas. sorakan yg paling kuat akan dapat jalan dulu.
8.50am: kalau sampai awal,kitorang akan lepak kt luar kelas sambil tunggu pintu buka
Pasang je lagu ANUGERAH YANG TERINDAH PERNAH KUMILIKI-SHEILA ON 7, ktorang dah ready depan pintu,berebut2 nak masuk. Depan pintu akan disambut dengan Cikgu Shark atau Cikgu Sha yg gorgeous..hehehe.masuk kelas,cepat2 cari tag nama and ready untuk duduk. lepas tu lagu Hijau-zinal abidin plak berkumandang. kami semua kena nyanyi and menari sekali. mmg best gila la..then akhir sekali,lagu olympics Sebelum lagu ni habis,semua pelatih kena duduk dalam barisan
- duduk dalam kumpulan
- pilih ketua
- ambil bakul kumpulan
- perbincangan dalam kumpulan
- buat diari berwarna dan kena lukis ape yg dibuat sepanjang hari semalam
- buat aktiviti yang diberi
kelas mantap CB 3!
Tuesday, October 12, 2010
masuk ke SMK Padang Tembak bukanlah impian aku dulu. bagi aku sekolah itu adalah sekolah yang terakhir aku nak jejak. orang cakap sekolah tu sekolah samseng,sekolah budak bodoh.
Monday, September 6, 2010
kisah percutian
Al kisah,di Tanjung Malim
Hasil idea cikgu dzarinah dan cikgu roslina,dan usaha aku buat kertas kerja
Kami memilih desa selesa resort tanjung malim,perak untuk bersantaiSebelum nak masuk resort ni,ktorang semua kena berjalan kaki masuk lorong2 kecil kt kampung ni
Dlm 15 minit sampai kot..cabaran tak sampai disitu
Kami kena melintas titian yang dibuat dari kayu2 yg mcm dah reput je
Punya la gayat,tengok bawah lagi la,air sungai bukan main deras lagi.seram!Selesai check in bilik,sambil tunggu beg2 sampai semua dah excited nak terjun sungai
Perempuan seramai 7 orang berkongsi bilik yg agak besar.ade 2 katil yg boleh muat orng je
Terpaksa la 2 orang lagi mengalah tidur dekat bawah