teringin nak buat segmen tentang PLKN..kenapa?
nak bagi budak2 yang bakal daftar untuk siri 8/2011
ini tak maki hamun JLKN atau menangis smpai kering air mata
tentang betapa kejamnye JLKN pilih nama diorang.
kepada mereka yang bertuah apabila nama mereka dilistkan dalam senarai
pelatih PLKN,jangan gelabah. tanya semua pendapat &pengalaman orang yg dah pernah pergi
sure komen positif je yang akan diterima
aku adalah salah seorg yg bertuah dapat merasai pengalaman sebagai wirawati negara :D
pertama kali semak sms tersembul perkataan "TAHNIAH"perasaan aku 50/50..suka campur takut..
then yang terbaiknya sebab dapat kumpulan 1 di Kem Bina Semangat,Kuala Kubu Bharu....
orang cakap masuk PLKN menghalang mereka cari duit lepas SPM..
masuk PLKN best apa?duit elaun +makan 6 kali sehari+baju free+PENGALAMAN berharga
itu benda yang paling mahal..walau gaji beribu pun tak setanding pengalaman yang aku dapat..
sebelum habis SPM,dalam masa beberapa minggu aku habiskan masa dengan buat research..tak leh blah kan?tengok cerita NS series yg diana danielle,Suki,Alif Satar ada tu,baca blog2 org yg cerita pasal PLKN ni, and lawan web JLKN bagi aku semangat dan pendedahan..memang semangat habis la..
TIPS:
1) buat list barang
:dalam surat &laman web JLKN ada diberitahu barang apa yang hendak dibawa
PAKAIAN/PERALATAN YANG DISEDIAKAN OLEH JLKN
pakaian celoreng ini the best sbb melambangkan PLKN..rasa bangga gila bila pakai..walaupun agak panas tetapi kalau pakai memang smart..pakai la puas2 sebab baju ini hanyalah pinjaman.tak boleh bawa balik kecuali inner loreng,stoking,beret..
Pakaian Celoreng
(a) 2 helai Baju Celoreng (pinjam je)
(b) 2 helai seluar celoreng
(c) 1 pasang boot
(d) 2 pasang “sock worsted grey”(hak sendiri)
(e) 1 unit tali pinggang
(f) 1 unit Beret(hak sendiri)
(g)2 helai inner loreng( hak sendiri)
pakaian sukan semuanya hak kita.boleh bawa balik
t-shirt sukannye agak seksi sebab kaiinye melekat kat badan untuk mereka yang berbadan gempal...tapi pandai2 cover la..oh ye,tudung masuk dalam ye.
2. Pakaian Sukan
(a) 2 helai baju T sukan
(b) 2 helai seluar sukan
(c) 1 pasang kasut sukan
(d) 2 pasang stokin putih
(e) 1 unit topi “baseball”
pakaian kelas wajib pakai waktu modul dalam kelas dan waktu ibu bapa melawat..
personally,aku tak suka baju kelas ni. sebab agak tak selesa dan orang cakap mcm baju kilang bagi perempuan and posmen bagi lelaki.. hahahahaah....lagi 1,baju kelas ini,kena pakai dgn kasut kelas iaitu kasut tumit tinggi.. bagi aku yang ganas sikit ni,memang rimas nak pakai kasut tu.. :D
.3 Pakaian Kelas
(a) 2 helai baju kelas
(b) 2 helai seluar kelas
(c) 1 pasang kasut hitam(
(d) 1 unit tali pinggang
(e) 2 pasang stokin hitam
1.1.4 Lain-lain
(a) 2 helai tudung (untuk wanita muslim)
(b) 2 helai tuala
(c) 1 berus kasut
(d) 1 pengilat kasut
Baju bebas?
bawa sikit je, sebab tak pakai pon
korang akan pakai baju yang dibawa sendiri pada
a) waktu tidur
b)pakaian malam(kecuali hari khamis &jumaat)
c)hari minggu
benda-benda yang penting
- baldi,sabun cuci baju,berus,hanger,penyepit
- alatan mandi
- kain batik
- alat tulis( pen dah cukup)
- selipar
- kasut sukan(penting in case kasut sukan yg diberi basah)
- sandal
- stoking lebih
- botol air
- stok makanan(maggi and biskut popular kt kem)
- kalau sapa2 yang tak leh berjauhan dgn bantal busuk,boleh bwk tapi pandai2 sorok
- baju tradisional kaum masing2..penting untuk aktiviti kebudayaan
- untuk kaum Melayu,bawa la baju kurung & Melayu bnyak2..boleh kongsi dengan bangsa lain..ini biasanya amalan budak2 PLKN
- bawa je alatan2 hiburan seperti gitar,seruling ,game card ke,alatan melukis ke .. boleh guna untuk aktiviti kebudayaan
- ubat-ubatan penting tau.. panadol,minyak angin,minyak gamat,plaster,ubat gatal,spray penghalau serangga(untuk masuk hutan)
- kamera
- sila bawa handphone yang paling cikai@murah ye.. di kem sangat popular dengan kecurian handphone..
- kalau rasa nak bawa duit,bawa la..untuk kegunaan beli makanan kat cafe ke,shopping waktu outing ke,and untuk beli gambar2 PLKN
- JAM LOCENG sangat penting ye.sebab korang tak akan bergantung kepada alarm clock handphone kerana handphone akan disimpan. so,bawa la jam loceng yg boleh mengejutkan korang bangun
baju yang disediakan PLKN korang tak payah susah2 nak basuh.. ada dobi disediakan. tapi kena gosok sendiri ye..
jom imbau kembali detik waktu aku mendaftarkan diri di kem 3 Januari 2010
pagi-pagi lagi dah mencacak kat stadium Bukit jalil untuk naik bas. excited gila dan dapat terserempak dengan kawan sekolah rendah.rupanya kitorang ni 1 kem..kebetulan..
dek kerana pergi sarapan,aku terlewat menaiki bas. aku terpaksa la naik bas kedua untuk ke kem yang bertolak paling last skali dari stadium. Alhamdullilah ,aku tak nangis2,melalak,meraung bila pandang wajah family sebelum bertolak. walaupon tak pernah ada pengalaman berjauhan dgn family and duduk asrama tau. sebab excited sangat kot
dalam bas kami diberi duit makan sepanjang perjalanan ke kem .RM10 je..
- sampai aje di kem,kitorang disambut oleh jurulatih sorang ni,Cikgu Syed.
- dia bagi ucapan pembukaan sikit..haha.. dia pesan jejak je kami semua kat kem ni,ktorang dipanggil wira&wirawati..no more panggil nama..
- then,masuk bilik pemeriksaan,ada spotcheck beg..Alhamdullilah,tak ada barang aku yang kena rampas..yang bawa barang elektrik,gunting semua kena rampas
- habis je spotcheck,kitorang kena beratur ikut bangsa masing-masing dan diberikan warna dan no dorm masing-masing.aku dapat dorm E1 dan warna biru
- dorm aku agak hujung dan bersebelahan kembara berhalangan. masuk je dorm,pilih katil la ape lagi.mula-mula pilih katil depan sekali,then tukar tengah2..sebelah aku kosong,sebelah kanan budak Sabah,Dyla..
- lepas letak barang,aku usha bilik air. eeerrr..terus rasa tak sedap hati..agak tak selesa.yela,orang tak biasa duduk hostel.
- lepas lunch,pelatih dikehendaki pergi mendaftar,ambil baju dan peralatan..
- masa tu,tengok kat bilik sebelah,wira kena botakkan kepala. macam2 ragam.ada yang menangis pon ada..haha..kesian..lepas wira botak je dah tak boleh wirawati nak cam muka..semua wira sama aje mukanye.
- aku ada masalah sikit dengan saiz baju.terpaksa la kena menghadap orang yang sangat kerek untuk tukar saiz baju.
- hari esoknye kitorang dapat kasut.ade juga masalah saiz.tapi terpaksa la terima apa yg dibagi.
- 2 hari yang pertama sangat menyeksakan.mengalir je airmata ni.ingat kat family,rumah.
- sebab tak ada aktiviti,terperuk je kt dorm..sangat bosan dan sunyi.yela,tak ada kawan lagi.tiap2 hari call kawan.tak berani nak call family.
- memang aku akui,seminggu pertama ,agak menyeksa diri.rindu rumah,asyik menangis je,sengal2 badan.
- lama-lama rumah pon dah tak ingat.seronok gila kat kem.
gambar-gambar bawah ni apa yang korang kena lalui masa baru sampai..
ada spotcheck dan pembahagian kompeni
kepada bakal penghuni Kem Bina Semangat ,Kuala Kubu Bharu,Selangor
jom aku bawa korang jalan2 sekitar kem..
ade ape yg menariK? semua nye menarik :D
kat kem ni,1 dorm ade dlm 15 org ke bwh
ade 2 jenis dorm..kalau dorm yang 2 pintu,kecil skit..biasanye 10 org dudok dlm tu
dan ade bilik jurulatih di bhagian belakang
kalau yang 4 pintu,lebih ramai pelatih ditempatkan..2 dorm berkongsi 1 bilik air..1 kompeni ade 4 dorm..mase ni aku ditempatkan di dorm E1..bahagian belakang bersebelahan dengan kembara halangan..agak seram la waktu senja..hahaha..
tapi jangan risau..sepanjang ktorang kat kem ini,tak ade la kes2 yg menyeramkan..asalkan ikut peraturan..kalau pukul 11 waktu tutup lampu,ikut arahan..dalam bilik air tu,pandai2 la jaga kebersihan..waktu senja tutup tingkap,nnt nyamuk masuk..
mulai tahun 2011,bilik air,dewan kuliah semua dah dinaiktaraf..semua dah berjubin.tak macam ktorang dulu..semuanye bersimen..siap ade mesin basuh lagi tu..sebelum ni,baju2 harian basuh pakai tangan je..hidup berdikari..tapi itu yang seronok..
di bawah ni,dewan makan dan pentas..
kat dewan makan ni,korang kena makan kat meja mengikut kompeni masing2..habis makan,sapa yg bertugas,kena lap meja dan pastikan kerusi disusun dgn elok.
makan pakai pinggan mcm kat asrama tu..nak makan,kena beratur,kena pandai interaksi dgn makcik kantin..baru dapat lauk yang elok2 and best2
selalu dialog yg didengari
"aunt! nak peha", "aunt,tak nak sayur", "mak cik,nak kuah lebih" ,
"thank you,aunt" ni yg paling penting.mak cik2 tu paling suka org ckp terima kasih kat dia..
makanan2 kat sini mmg best!.sedap..kecuali sarapan pagi..hehe..ada kekurangan ckit..kena lah bersabar..sarapan paling special kt sini,nasi lemak..bila ada menu nasi lemak,mmg penuh..berebut nak makan.tak kira Cina,India ,kadazan,iban,dn Melayu semua suka nasi lemak
kalau sarapan lain,dewan makan agak lengang,diorang balik dorm,makan maggi je.
Ok,bab seterusnya
Diari seorang wirawati
5.15 am: bangun pagi utk berebut dengan dormmate untuk dapatkan bilik shower yang paling best.hanya ada 1 je..haha..dorm E1 paling awal bangun.yela,dorm yang paling skema...wawawaahahaha
bersiap2 dengan baju PT@ baju sukan
6.00 am: wisel cikgu Zul dah mula bersiul-siul. berlari-lari la anak gadis menuju ke surau. Solat berjemaah di kem ini adalah wajib untuk semua waktu solat. Siap ada tandatangan. yang bestnye kem KBS ni,kem ni menekankan aspek kerohanian.
tiap2 waktu solat,wajib solat awal waktu dan berjemaah.setiap hari khamis baca yassin dans elalu ada solat hajat,qiamullail,puasa sunat.
percaya tau tak,ada juga yang baru nak belajar solat masa masuk kem ini.yang bukan Islam pon ada join dgr tazkirah.
Alhamdullilah,aku berada dalam kem ini sebelum amik result SPM.itu yang tak ade pressure sgt..enjoy je dlm kem ni. berkat solat hajat ,solat berjemaah,aku rasa tenang je sepanjang dalam kem ni.tak ada sebarang gangguan.lagipon depan kem ni,ade Darul Quran.selalu dengar bacaan ayat2 suci Al-quran.tenang je. pelatih2 dlm kumpulan 1 ramai dari sekolah agama
jadi selepas solat berjemmah akan selalu ada tazkirah.kitorang sama-sama membantu dalam isu agama
setiap hari Khamis dan Jumaat waktu mlm ade kelas kerohanian..
pelatih yg beragama Islam di surau,pelatih yg beragama Hindu,Buddha,Kristian akan berada di kelas masing-masing..
6.30 am: habis solat kena bergegas masuk baris mengikut tempat yg disediakan. Masa ni nampak la muka monyot pagi-pagi.muka mengantuk.haha . bila semua wirawati dah ready,ajuntan @ ketua wirawati akan bagi arahan masuk baris dekat padang kawad. Dalam barisan kompeni Delta,tempat aku di depan sekali dan di hujung. Uh! tak suka sebab bersebelahan dengan wira . ahakkss
Chip wirawati masa ni akan bagi arahan
Sedia! Senang diri! !rehatkan diri! Macam2 la. Tambah pula dengan jeritan jurulatih bila nampak baris tak lurus,bercakap dalam baris,berdiri dengan 1 kaki. Perasaan mase waktu ni,mmg panas habis. Ye la,kena berdiri dlm baris selama 1 jam sambil kena marah tapi kadang-kadang ditenangkan dengan kesejukan dan keindahan waktu pagi di Kuala Kubu Bharu. Terbaik !
Lepas tu ktorang kena nyanyi 3 lagu
Negaraku
Lagu plkn
Lagu 1 malaysia
Ikrar ,doa.
7.30 am: kompeni terbahagi dua. Alpha & Bravo dan Charlie &Delta akan bergabung
Bergilir2 dua kompeni akan buat senam robik dekat padang kawad dan ade yang kena jogging kat padang. Selalunye Alpha & Bravo je yang dapat senamrobik.tak adil L. Hahaha
8.00am:pergi sarapan then balik dorm tukar baju kelas
8.30am: beratur ikut kompeni bergerak dari dorm ke padang kawad. Dengar taklimat dari ketua cikgu CB lepastu akan diberi arahan beratur ikut kelas. Akhir sekali akan ade lawan2 sorakan kelas. sorakan yg paling kuat akan dapat jalan dulu.
8.50am: kalau sampai awal,kitorang akan lepak kt luar kelas sambil tunggu pintu buka
Pasang je lagu ANUGERAH YANG TERINDAH PERNAH KUMILIKI-SHEILA ON 7, ktorang dah ready depan pintu,berebut2 nak masuk. Depan pintu akan disambut dengan Cikgu Shark atau Cikgu Sha yg gorgeous..hehehe.masuk kelas,cepat2 cari tag nama and ready untuk duduk. lepas tu lagu Hijau-zinal abidin plak berkumandang. kami semua kena nyanyi and menari sekali. mmg best gila la..then akhir sekali,lagu olympics Sebelum lagu ni habis,semua pelatih kena duduk dalam barisan ade peraturan asas tau dalam kelas ni. yang selalu aku langgar adalah bawa kamera.yela,kita nak juga kan amik gambar dalam kelas.kenangan tu.
- duduk dalam kumpulan
- pilih ketua
- ambil bakul kumpulan
- perbincangan dalam kumpulan
- buat diari berwarna dan kena lukis ape yg dibuat sepanjang hari semalam
- buat aktiviti yang diberi
aktiviti nye semua mmg best gila.bnyak sgt kalau nak cerita.ade 2 part dan berlangsung slama 2 minggu untuk kelas pembinaan diri ni
kelas ini banyak mengubah diri aku dan kawan-kawan. yang pendiam mula jadi ceria. semua berlumba-lumba untuk menonjolkan diri. kami juga belajar untuk menghormati pnadangan org lain dan bergaul mesra dgn kawan pelbagai kaum. dalam kelas ni kami smua mmg rapat dan macam keluarga,sehinggakan hari terakhir kelas kami semua menangis sbb seriously CB3 kelas paling gempak dan terbaik
sorak kelas CB3
are you ready CB 3!
kelas gempak mana tu?
kelas gempak CB3
kelas mantap mana tu?
kelas mantap CB 3!
kelas hebat mana tu?
kelas hebat CB3!
siapa kita?
CB3!
berbaloi-baloi!
prestasi kumpulan dinilai berdasarkan bintang yang diberi dari jurulatih
done with kelas CB,
kelas seterusnya adalah kelas INTEGRASI
pengalaman aku,aku dapat kelas HANG LI PO. kelas yg sangat boring
sebab bertukar kumpulan,and budak2 kat kelas tu ramai suka tidur, tension!
yela, kelas CB dapat kelas yang havoc gila,tu yg tak biasa masuk kelas lain and bertukar cikgu
cikgu luar terdiri drpada lecturer
SEBENARNYA BANYAK LAGI NAK STORY,TAPI MALAS LA NAK TAIP2 NI
NAK UPLOAD GAMBA YG BERATUS2 PON SUSAH DLM BLOG NI
KEPADA BAKAL2 PENGHUNI KKB,TERINGIN NAK TENGOK BANYAK LAGI GAMBA
BANYAK LA JUGA GAMBA2 KAT SANA SBB AKU MMG PHOTOGRAPHER YANG TAK DI UPAH.