Thursday, April 14, 2011

1A-00-32




tok tok!
welcome to our room :)


okay, tetiba sangat rindu pada roommates yg tersayang
1 sem bersama
makan berjemaah
solat berjemaah
tidur berjemaah
gosip berjemaah
study berjemaah
mandi berjemaah oppp!! tak la

seriously,memang apa yang ktorang buat mesti bersama
dah macam adik beradik :)
makan selalu suap2,kongsi2
gelak sakan bersama
semua benda mesti share kan :)

walaupon bilik sangat sempit,ktorang usaha juga tolak katil
untuk solat berjemaah
seronok bila Aliya,wani ,shitah jadi imam


bila hari minggu, cik shitah dan cik wani mesti tertunggu bekalan makanan dari rumah cik amal
eh,biasalah..pemborong segala jenis makanan
karipap+nasi lemak+lauk pauk+buah+kerepek+maggi+roti+tuna
hahahha..heaven :)
jealous je roommates lama @ jiran
cik mek dan cik chaie
yela,mase sem 1 diorang juga yg dok menunggu bekalan makanan
tapi sem 2 tak dapat,sorry
keutamaan untuk penghuni 1A-00-32,
selalu ade niat nak bagi korang,tapi budak2 ni pelahap semuanye..
kejap dah habis.. hehe

setiap pagi,yang bangun awal saya la :)
yg lain kunci jam je lebih
keluarlah lagu macam2 bunyi
tapi tak bangun pon.. cehh!
aku juga yg kena bangun suruh turn off alarm tu.
nak kejut diorang ada cara
tak leh main jerit2.. hehe
kena ketuk2 kaki diorang ni
ada kala senang,ada kala dugaan nak kejut depa ni
degil nak bangkit pagi

cik wani dan cik shitah ada perangai taw
kalau aku kejut,ngada2 tak nak bangun
yela kejut manja,tak makan saman
tapi kalau dengar suara cik aliya suruh bangun,mmg terus terbangun
takut tu dgn cik aliya
hehehe..
*lasy day berwebcam bersama sebelum shitah balik*

bilik kitorang ni memang sangat popular :)
al maklum lah,dapat bilik level ground.
tak ramai budak asasi yg bernasib baik dapat bilik bwh
hanya 70 org je
mereka ni semua terdiri dr bilik yang tak pernah kena tatatertib
budak baik.. hehe
so,mmg bilik ktorang mnjadi singgahan ramai
antara aktivitinya :
nak lepak
tumpang solat
tumpang tidur
tumpang barang
tempat singgahan sebelum mendaki tingkat 4
tempat warga classmates melantak lunch
tempat gosip
ramai jealous ,betapa beruntungnya dapat roommates yang baik-baik + sporting
i'm very proud of them and love them so much :)
we're just like sisters :)








gambar di atas adalah cik wani dan katilnya
serba hijau
Hazwani Yussof
bekas roommates dr 1B-00-01
Alhamdulillah dapat sebilik lagi dengan dia
tak pernah terasa hati or rasa nak gaduh dgn dia
mak ayah pon suka kalau bawa wani balik rumah
ramah dan hormat orang tua
apa2 masalah kat kelas,mesti wani yg layan dgr cerita
sangat memahami dan super duper baik
one of my best roommie
asal dari utara
budak KPTM
psst: budak banyak peminat kerana keayuannya
:) hehe
love you sangat2 lah wani :)




mek kelate + minah korea
hard die- fan super junior
sangat cool plus slumber
masa 1 st day mendaftar kolej,datang sorang2 je dengan beg camping dia
tak mcm ktorang yg even budak kl pon,ahli keluarga semua berkampung kt mawar ni
suka snap gambar dia tidur.. hehe.. comel :)
paling liat nak bangun pagi
malam2 org tidur,dia layan korea smpai tgh malam
inilah Wan Nashitah
budak bijak dalam bilik ni
dekat board dia penuh dgn tampalan nota
miss you sangat2 lah :)
Law UITM ( O )



kak long dalam bilik ni walaupon yang paling bongsu
kadang2 perangai mcm kak long,kdg2 mcm adik bongsu
paling manja dalam bilik ni
pakar motivasi di bilik ni
minah biru
kalau tengok barang2 nye semua biru
tong sampah,botol air,cadar,tuala,wall paper
semuanye lah biru
aliya ni jarang ada
keluar pagi nak dkt maghrib baru balik
budak tesl la katakan
bz memanjang
pemborong biskut coklat teddy bear + horlicks
budak takut pedas
inilah 'Aliya Abdullah
foundation in Tesl :)
psst: suka lepak kat katil Aliya kalau dia tak de. selesa :)
sorry aliya


last but not least is me :)
dari sem 1 ,asyik dapat katil A
yang bestnye katil ni,control suis kipas n lampu + dominate cermin :)
yang x bestnye,kalo buka pintu,org yg lalu lalang akan nampak katil ! dulu
so, tak de privacy
atas tu,is my board
ade jadual,gambar, target result,dan kata2 semangat dari nik ayunni
paling suka adalah wallpaper tu.
banyak2 tagline2 cinta
kawan2 yg dilamun cinta selalu la dtg,nak copy ayat2 tu

kitorang masing2 saling bekerjasama
tak buat sepah sangat
so,bilik tak pernah dapat tatatertib
dua sem tak pernah la bagi makcik mawar marah
:). sila jangan jealous warga mawar yg lain


Hazwani, Wan Nashitah dan 'Aliya
Amal MISS you :(

2 comments:

  1. shitah ni..ermm~ sangat sweet rupanya bilik 1A 00 32..seriously dah dekat 10 kali shitah ulang ulang baca post ni..ahaha..

    will always love u girl *wink*
    p/s:bab yg pelahap tu mmg takleh tahan gelak XD

    ReplyDelete
  2. alahai sweetnye shitah..
    suka ek? ni lah luahan yg paling ikhlas pernah buat :)
    love you girls more and more
    xoxoxoxox

    ReplyDelete