Sunday, August 5, 2012

Alhamdullillah, 2nd time, 2nd semester


Alhamdullillah, segala puji dan syukur pada Allah
Segala penat lelah semester 2 berbaloi
Pointer juga meningkat daripada tahun lepas.
puas hati :)
Cuma agak terkilan pada subjek Cosmology & Malay for Specific Purpose
Sudah buat yang terbaik,sehabis mungkin
tapi tiada rezeki

Friday, July 20, 2012

Dean List Dinner

Alhamdullilah, impian nak capai sijil dekan sem 1 berjaya.
syukur tak terhingga.
Baru sem 1, dan akan usaha untuk sem seterusnya. Insyaallah

Dinner Apb untuk pelajar dekan digabungkan sekali bersama majlis pra graduan part 6
So, bersakan lah berhias malam itu

temanya " Corporate Glam"
With Jannah

make up done by Babuji

Kakak angkat titeww


We made it ! ini roommate 










Lecturer, Dr Norizah

SOme seniors

*syarat amik gambar dgn abang, tak boleh berdua kena ramai" kata abang Syafik, MPP APB

Wedding , but still it's reunion day

15 Julai 2012 :

Terima Kasih Syah Hendri kerana menjemput kami ke wedding kakak beliau
bertempat di Taman tasik Datuk Keramat
Tak tahu pula kat situ boleh buat weding2 sebegini
wedding berkonsepkan ala taman agaknya
Makanan memang superb sedap
Sekali lagi Fadhli yang baik hati mengambil kami
Di sana ada Hafiz, Fadhli, Sholi, Faizzudin, Mus, Aziz, Arham,Abu sunai Nadiah (budak Pss yg dah pindah tu)
Oh ye, budak laki ni lepak lama gila, buat macam acara reunion pula.
yang gadis2 kena berteduh di taman permainan sambil melihat budak lelaki berborak panjang di meja makan


* errr,geram. bagi signal  ajak balik, banyak kali dah


 Gmbar di bawah ni, mereka bercamwhore 






2 years had past,yet we still remember our school big day

14 July 2012:
Fadhli ajak melawat SMKPT, sebenarnya memang dah teringin sangat nak melawat sekolah]
Tapi tak ada alasan untuk datang ke sekolah, nasib baik ada hari sukan.
Sebenarnya hampir membatalkan niat untuk ke sekolah gara-gara HAFIZ punya pasal
Tiba-tiba muncul 2 jejaka, Fadhli dan Faizzuddin di depan pintu rumah
Terkejut betul, tanpa disangka.
Jadi Fadhli bersama kereta besarnya membawa kami ke sekolah
Di sana kami berjumpa, Sholi, Yusri, Mus Delifah, Aziz dan Syah Hendri
1st cikgu yang jumpa islah Tec Gurdashian (betul ke eja?)
Then dari jauh our mummy, tec Norlida dah nampak
Rindu sangat kat teacher!
So,most of teachers yang ajar since form 1 until form 5 sempat tegur
yang tak rapat sangat,malas nak tegur walaupun diorang pandang semacam
sebab mereka semua busy
antara yang dapat jumpa Tec Norlida, Tec Badariah ( PK koko), Tec Hadilah, Ustazah Hijriah, Cikgu Yasinah, cikgu Roslina (Fitri pun ada),Cikgu Wahyarami,TEc Safiza,Mr Khoo
Dan Ustazah Maimunah (PK petang) *Ustzah ada cerita pasal Fatimah. sedih :(
Paling sedih tec Nor Azah tak ada :(
Ramai cikgu-cikgu sangat proud and happy bila dengar perkembangan terbaru kami semua
Ada yg amik engineering, law, account , and of course Bahasa Melayu and doing well in their studies.
Paling terharu dengar nasihat dari Tec Safiza, UStazah Hijriah and Ustzah Maimunah
Nasihat mereka, " keep doing well in your studies", "make us proud"
dan paling banyak ucapan ialah " belajar rajin2, belajar tinggi2 kalau boleh sampai masters. Jangan kahwin awal sangat,bagi mak ayah merasa duit gaji"
*sentap sekejap

Dengan bangganya bagitahu tec Norlida
"Teacher! tec dah jadi nenek. Eisya dah dapat baby girl. HEHEHE"

Dan setiap kali berjalan jumpa semua cikgu, Fadhli menjadi tumpuan utama
Semua terkejut dengan perubahan rambutnya.
ala-ala Korea katanya. Oppa ! *wink
Sampai cikgu Fauza "amboi rambut awak, mana gunting, meh saya nak potong"

Dia juga menjadi tumpuan adik2 junior
"abang fadhli !" Owhh, owhh ! abang fadhli !!

Oh ye, sempat juga support team tarik tali
Juaranya of course dari rumah Laksamana
Juara keseluruhan tak tahu,sebab kami semua balik
tapi yang leading masa tu, ialah LAKSAMANA !!!!!!!













*this post ialah permintaan Hazirah Hanim yang tersayang

Thursday, July 19, 2012

Triffle

Triffle adalah dessert yang paling aku suka buat kerana ianya sangat mudah
Kalau sesiapa yang tak tahu apa natang benda ni, ia sebenarnya pencuci mulut yang creamy dan menyegarkan
Dipanggil triffle sebab dia ada 3 lapisan
kek lapis
krim kastard
jelly/ agar-agar
atasnya akan diletakkan buah-buahan dalam tin bagi menyedapkannya
My aunt selalu buat triffle ni dan ia adalah makanan wajib untuk dijadikan hantaran
dalam family ktorang.
*selalu fail buat kastard. *sigh

Spaghetti Bolognese

Masakan ini merupakan percubaan pertama aku untuk memasak pasta.
Sebenarnya banyak lagi percubaan masak bolognese. Cuma tidak sempat nak mengambil gambar
ini saja yang sempat, masa ini sangat malas nak buat.
Ucop sorang yang habiskan

Masak

Waktu di rumah sentiasa dimanfaatkan dengan mencuba masakan baru
Biasanya aku hanya akan masak makanan yang aku suka dan ketika sedang bersemangat
dari situ akan lahir rasa kasih sayang ketika memasak dan menjadikan sesuatu makanan itu sedap
kalau masak masa tengah marah atau penat, sure tak jadi punya
Jadi, aku gemar masakan Jepun, Cina dan Itali.
Jadi,masakan itulah yang sering aku masak
aku sememangnya tidak mewarisi kehebatan mak aku memasak makanan melayu. kerana apa?
kerana aku tidak gemar makanan melayu dan yang kedua leceh sangat nak memasaknya.

Aku mula memasak ketika umur 10 tahun rasanya.
paling power masak masa itu, ialah mee goreng dan kangkung goreng.
Sekarang,bila dewasa aku gemar google resipi dan mencubanya.
Aku suka masak untuk diri sendiri dan untuk orang lain
kerana aku suka perasaan dihargai bila orang lain puji masakan aku

Oleh kerana aku tidak gemar makanan manis, aku masih gagal membuat dessert
Dessrt suatu masakan yang leceh dan memerlukan penelitian
tak boleh main campak2 barang
perlukan teknik dan alatan yang sempurna
masih belajar untuk mencubanya suatu hari nanti.

Friday, April 20, 2012

The wedding, Family Bonding

Abang Jat's Solemnization








......

puuhhhhhh..
berhabuk blog ini. kasi sapu sikit.
selalu je buka blog ni,tapi malas nak update.
hanya blogwalking dekat list following blog.
bermulanya cuti mid sem, baru ada masa dan ada mood nak update blog
tiada istilah cuti pun, assignment berlambak
test berlambak buka cuti ni.

Wednesday, February 22, 2012

Alhamdullillah


yang dihighlight kuning tu, subjek yang mengecewakan.
target A,tiba2 B+.
Dr menyebabkan aku meletakkan harapan yang tinggi terhadap subjek tu
banyak aku berjuang habis-habisan untuk subjek Dr
sampai hari exam tu, badan lemah
tapi gagahkan badan dan tangan untuk tulis 7 mukasurat karangan
tapi sia-sia.
English grammar tu mmg dah agak B.. hancus
another B=,subjek Pn Azita
masa tak cukup !!!!!
apa2 pon,aku dah buat yang terbaik. inilah hasilnya
banyak main sem 1.
terima kasih para lecturer :)
Dr Ismie, Prof Madya Ismail, Cik Saliza, Dr Mazli, Pn Azita,Dr Sharil

walaupon cukup-cukup makan saja, Alhamdullillah yang tak terhingga
mesti ramai tak sangka, sebab aku dalam kelas
memang nampak bengong2. blur saja
carry mark pon rendah.
ini semua berkat doa mak dan papa

setiap hari, masa musim exam
wajib call mak
sebelum masuk dewan exam,call mak minta restu
habis exam,call lagi. bagi laporan dan minta doa
sebelum nak study,call juga. minta tenang fikiran
terima kasih mak.
this is for you :)
Insyaallah, mak kena tengok anak mak ni pakai selempang pink tu, ANC
doakan ye :)

peringatan untuk diri, sentiasa bersyukur
selama ni,masa masuk APB. asyik mengeluh je
menyesal lah, tak bestlah.
ini Allah dah bagi rezeki yang jarang orang dapat
aku kena muhasabah diri.
jadikan ni pembakar semangat. jauh lagi perjalanan
ada 5 sem lagi yang bakal menjelma.
sekarang tutp buku lama
buka buku baru
berjuang Aida, di jalan Allah
tuntut ilmu ,seikhlas yag mungkin



*yang nana minta hadiah tu,main-main saja
sekadar ingin menarik perhatian

Friday, February 17, 2012

Challenge :)

Cabaran 10 hari, 10 Gambar :

Day 1 :)
Your Facebook Profile Picture


me with Najminna
Hari Anugerah Cemerlang

Friday, February 10, 2012

This is Penang :)

pertama kali ,seorang diri ke negeri di utara iaitu di Kulim dan Penang
so, hari pertama di rumah aunt di Kulim dan esoknya ke rumah my very close ex-roommate,Hazwani!
and thanks to Muna,Diamond and Wani yang merealisasikan impianku nak menjelajah Penang
Mula kat Bukit Bendera, pekena Nasi briyani terbaik kat Penang dan #mywishlist ,
nak main kat pantai!
kat Miami Beach,Muna cakap Tsunami pernah berlaku di sini.
sebab tu banyak batu








Bukit Bendera :)

Masjid Terapung
Muna cakap,masa Tsunami dulu Masjid ni masih dalam pembinaan
tapi tak terjejas atau rosak apa2 pon.

my first batch buku yang dibeli guna baucar buku.
untuk my favaret adik sepupu
i'm happy when they're happy
untuk Jiha,Udin,and Mina
lastly, sempat datang majlis kecemerlangan Najmina.
she's genius. seriously!
proud of you ,Minna !

*cuma di Penang tak sempat pekena cendol & Pasembor
Char Kuey teow Sungai Dua ,2 pinggan memang terbaik