Thursday, July 19, 2012

Masak

Waktu di rumah sentiasa dimanfaatkan dengan mencuba masakan baru
Biasanya aku hanya akan masak makanan yang aku suka dan ketika sedang bersemangat
dari situ akan lahir rasa kasih sayang ketika memasak dan menjadikan sesuatu makanan itu sedap
kalau masak masa tengah marah atau penat, sure tak jadi punya
Jadi, aku gemar masakan Jepun, Cina dan Itali.
Jadi,masakan itulah yang sering aku masak
aku sememangnya tidak mewarisi kehebatan mak aku memasak makanan melayu. kerana apa?
kerana aku tidak gemar makanan melayu dan yang kedua leceh sangat nak memasaknya.

Aku mula memasak ketika umur 10 tahun rasanya.
paling power masak masa itu, ialah mee goreng dan kangkung goreng.
Sekarang,bila dewasa aku gemar google resipi dan mencubanya.
Aku suka masak untuk diri sendiri dan untuk orang lain
kerana aku suka perasaan dihargai bila orang lain puji masakan aku

Oleh kerana aku tidak gemar makanan manis, aku masih gagal membuat dessert
Dessrt suatu masakan yang leceh dan memerlukan penelitian
tak boleh main campak2 barang
perlukan teknik dan alatan yang sempurna
masih belajar untuk mencubanya suatu hari nanti.

No comments:

Post a Comment