Friday, July 20, 2012

Dean List Dinner

Alhamdullilah, impian nak capai sijil dekan sem 1 berjaya.
syukur tak terhingga.
Baru sem 1, dan akan usaha untuk sem seterusnya. Insyaallah

Dinner Apb untuk pelajar dekan digabungkan sekali bersama majlis pra graduan part 6
So, bersakan lah berhias malam itu

temanya " Corporate Glam"
With Jannah

make up done by Babuji

Kakak angkat titeww


We made it ! ini roommate 










Lecturer, Dr Norizah

SOme seniors

*syarat amik gambar dgn abang, tak boleh berdua kena ramai" kata abang Syafik, MPP APB

Wedding , but still it's reunion day

15 Julai 2012 :

Terima Kasih Syah Hendri kerana menjemput kami ke wedding kakak beliau
bertempat di Taman tasik Datuk Keramat
Tak tahu pula kat situ boleh buat weding2 sebegini
wedding berkonsepkan ala taman agaknya
Makanan memang superb sedap
Sekali lagi Fadhli yang baik hati mengambil kami
Di sana ada Hafiz, Fadhli, Sholi, Faizzudin, Mus, Aziz, Arham,Abu sunai Nadiah (budak Pss yg dah pindah tu)
Oh ye, budak laki ni lepak lama gila, buat macam acara reunion pula.
yang gadis2 kena berteduh di taman permainan sambil melihat budak lelaki berborak panjang di meja makan


* errr,geram. bagi signal  ajak balik, banyak kali dah


 Gmbar di bawah ni, mereka bercamwhore 






2 years had past,yet we still remember our school big day

14 July 2012:
Fadhli ajak melawat SMKPT, sebenarnya memang dah teringin sangat nak melawat sekolah]
Tapi tak ada alasan untuk datang ke sekolah, nasib baik ada hari sukan.
Sebenarnya hampir membatalkan niat untuk ke sekolah gara-gara HAFIZ punya pasal
Tiba-tiba muncul 2 jejaka, Fadhli dan Faizzuddin di depan pintu rumah
Terkejut betul, tanpa disangka.
Jadi Fadhli bersama kereta besarnya membawa kami ke sekolah
Di sana kami berjumpa, Sholi, Yusri, Mus Delifah, Aziz dan Syah Hendri
1st cikgu yang jumpa islah Tec Gurdashian (betul ke eja?)
Then dari jauh our mummy, tec Norlida dah nampak
Rindu sangat kat teacher!
So,most of teachers yang ajar since form 1 until form 5 sempat tegur
yang tak rapat sangat,malas nak tegur walaupun diorang pandang semacam
sebab mereka semua busy
antara yang dapat jumpa Tec Norlida, Tec Badariah ( PK koko), Tec Hadilah, Ustazah Hijriah, Cikgu Yasinah, cikgu Roslina (Fitri pun ada),Cikgu Wahyarami,TEc Safiza,Mr Khoo
Dan Ustazah Maimunah (PK petang) *Ustzah ada cerita pasal Fatimah. sedih :(
Paling sedih tec Nor Azah tak ada :(
Ramai cikgu-cikgu sangat proud and happy bila dengar perkembangan terbaru kami semua
Ada yg amik engineering, law, account , and of course Bahasa Melayu and doing well in their studies.
Paling terharu dengar nasihat dari Tec Safiza, UStazah Hijriah and Ustzah Maimunah
Nasihat mereka, " keep doing well in your studies", "make us proud"
dan paling banyak ucapan ialah " belajar rajin2, belajar tinggi2 kalau boleh sampai masters. Jangan kahwin awal sangat,bagi mak ayah merasa duit gaji"
*sentap sekejap

Dengan bangganya bagitahu tec Norlida
"Teacher! tec dah jadi nenek. Eisya dah dapat baby girl. HEHEHE"

Dan setiap kali berjalan jumpa semua cikgu, Fadhli menjadi tumpuan utama
Semua terkejut dengan perubahan rambutnya.
ala-ala Korea katanya. Oppa ! *wink
Sampai cikgu Fauza "amboi rambut awak, mana gunting, meh saya nak potong"

Dia juga menjadi tumpuan adik2 junior
"abang fadhli !" Owhh, owhh ! abang fadhli !!

Oh ye, sempat juga support team tarik tali
Juaranya of course dari rumah Laksamana
Juara keseluruhan tak tahu,sebab kami semua balik
tapi yang leading masa tu, ialah LAKSAMANA !!!!!!!













*this post ialah permintaan Hazirah Hanim yang tersayang

Thursday, July 19, 2012

Triffle

Triffle adalah dessert yang paling aku suka buat kerana ianya sangat mudah
Kalau sesiapa yang tak tahu apa natang benda ni, ia sebenarnya pencuci mulut yang creamy dan menyegarkan
Dipanggil triffle sebab dia ada 3 lapisan
kek lapis
krim kastard
jelly/ agar-agar
atasnya akan diletakkan buah-buahan dalam tin bagi menyedapkannya
My aunt selalu buat triffle ni dan ia adalah makanan wajib untuk dijadikan hantaran
dalam family ktorang.
*selalu fail buat kastard. *sigh

Spaghetti Bolognese

Masakan ini merupakan percubaan pertama aku untuk memasak pasta.
Sebenarnya banyak lagi percubaan masak bolognese. Cuma tidak sempat nak mengambil gambar
ini saja yang sempat, masa ini sangat malas nak buat.
Ucop sorang yang habiskan

Masak

Waktu di rumah sentiasa dimanfaatkan dengan mencuba masakan baru
Biasanya aku hanya akan masak makanan yang aku suka dan ketika sedang bersemangat
dari situ akan lahir rasa kasih sayang ketika memasak dan menjadikan sesuatu makanan itu sedap
kalau masak masa tengah marah atau penat, sure tak jadi punya
Jadi, aku gemar masakan Jepun, Cina dan Itali.
Jadi,masakan itulah yang sering aku masak
aku sememangnya tidak mewarisi kehebatan mak aku memasak makanan melayu. kerana apa?
kerana aku tidak gemar makanan melayu dan yang kedua leceh sangat nak memasaknya.

Aku mula memasak ketika umur 10 tahun rasanya.
paling power masak masa itu, ialah mee goreng dan kangkung goreng.
Sekarang,bila dewasa aku gemar google resipi dan mencubanya.
Aku suka masak untuk diri sendiri dan untuk orang lain
kerana aku suka perasaan dihargai bila orang lain puji masakan aku

Oleh kerana aku tidak gemar makanan manis, aku masih gagal membuat dessert
Dessrt suatu masakan yang leceh dan memerlukan penelitian
tak boleh main campak2 barang
perlukan teknik dan alatan yang sempurna
masih belajar untuk mencubanya suatu hari nanti.