sekarang tengah demam Hari Ibumajoriti blogger tulis pasal ibu2 mereka
so,nak join the group la :)
Happy Mother's Day to ibu kandungku satu-satunya, Hadzawiah Yahya
beliau boleh dikategorikan sebagai wondermom
kenapa?
sebab seorang ibu,apabila dia bergelar ibu
martabatnya jauh sekali berada di atas
mahkotanya tiada nilai bandingnya
sebab tu martabat seorang ibu Allah angkat setingginya
kalau nak cerita kenangan dengan ibu sendiri
sampai akhir hayat pon takkan habis nak cerita
aku dilahirkan ikut tingkap@ pembedahan
orang cakap kalau bedah,sakit bersalin tak rasa
tapi azab sakit tu seumur hidup tahu tak !
pedih,gatal,luka kat perut ibu kita selepas pembedahan
hanya Allah tahu betapa peritnya
(mak yg cter,tak pernah rasa lg)
masa mak mengandungkan aku,ada kisah perit sebagai seorang wanita
yang mak aku hadapi. apa dia?? biarlah rahsia
dari kecik lg, aku tahu mak yang bersusah payah membesarkan ktorang seorang diri
kalaulah masa tu aku mengerti kepayahan mak, mengalir dah air mata aku
masa zaman kanak-kanak,pernah terdetik hati aku
kenapa tak boleh dapat mainan macam kawan2 lain
kenapa duit belanja sekolah sikit,tak macam kawan2 lain
kenapa tak boleh beli ni,tak boleh beli tu
kenapa mak bila balik rumah,mak tak luangkan masa dengan ktorang
andai bisa mase tu aku mengerti
yang mak tak ada duit,yang mak penat balik kerja
yang mak berhempas pulas,pinjam duit dgn orang
untuk bagi ktorang makan,beli buku,beli baju sekolah
mak semakin bertambah usia
badan mak makin lemah
tapi mak tak pernah tunjuk mak dah tak larat
kadang2,anakmu ini tgk mak termenung
mesti mak fikir macam mana nak cari duit lebih kan?
kadang2,anakmu ini lihat seperti dikau mengira
mesti mak kira2 berapa agaknya duit lebih mak dapat setelah kerja tanpa henti kan?
kadang2 anakmu ini,lihat mak sungguh2 berdoa di hadapan Allah
kadangkala sampai menitis airmata
mesti mak doakan anak2 mak ni sentiasa dilindungi Allah kan?
sentiasa jadi anak yang solehah dan terbaik untuk mak kan?
waktu ktorang ada exam,mak bangun tgh2 malam
mak solat hajat, solat tahajud agar anak mak ni dipermudahkan jawab soalan
ada tika keputusan exam ktorang tak cemerlang
nampak kedukaan di wajahmu,tapi lekas ditutup dengan senyuman
dan kata2 semangat tak pernah lekang di bibirmu,mengatakan ini dugaan Allah,teruskan berusaha
ada tika keputusan cemerlang dikhabarkan,senyuman dan tawa riang di wajahmu
mak khabarkan berita gembira pada kawan2 mak yang lain
betapa gembiranya mak,segala doa2 nya dimakbulkan
mak,kat tangan, dan di kaki
banyak kesan luka dan kesan melecur
semua ni disebabkan mak bersungguh nak masakkan untuk anak2 mak kan?
mak lupakan kesakitan,asalkan anak2 mak dapat makan yang sedap2 kan?
letih macam mana mak pon,mak sentiasa gagahkan diri untuk masak kan?
sebab mak tak nak anak2 mak kelaparan kan?
mak tahu tak, yang anak2 mak ni
selalu berbangga dengan kawan-kawan
sebab ktorang ada mak yang pandai masak
walau ada kala ,ktorang tercakap yang makanan mak masin
MAAFKAN KAMI MAK :(
* ibuku yang terkenal dengan kehebatannya memasak*
insyaallah akanku warisi kehebatannya :)
anak mak ini pula yang masakkan untuk mak
wanita ini yang menghadapi dugaan ketika mengandungkan aku
wanita ini yang menahan kesakitan yang amat ketika melahirkan aku
kesakitan itu sehingga kini ada meninggalkan parut
wanita yg membanting tulang siang dan malam menyara keluarga
wanita yang sering mengadu sakit akibat bekerja siang dan malam
mak,
andai bisa anakmu ini tamatkan kepenatanmu
andai bisa aku bagi segala kemewahan dunia dan akhirat
andai bisa aku bisukan diri aku ini dari mengeluarkan kata-kata yang bisa buat dikau terasa hati
andai bisa aku siat-siatkan hati ini bila timbul rasa marah padamu
andai bisa aku percepatkan langkahku ini bila dikau memanggilku
andai bisa aku segera menyahut panggilanmu bila kau memanggil
kerana aku takut untuk melukai hati dikau
kerana sesungguhnya syurga itu bawah tapak kaki mu
andai anakmu ini ada guriskan hatimu
izinkan ku sujud di kakimu memohon keampunan
kami tahu betapa susahnya mak besarkan ktorang smua
mak sorang2 kena tanggung ketiga-tiga anak mak
dengan gaji yang tak seberapa,mak gigihkan
mak jual kuih kat office
mak kerja overtime, keluar pagi2 malam baru mak balik
tapi sikit pon mak tak pernah lupakan tanggungjawab mak
sebelum pergi kerja mak wajib masak untuk ktorang
5 pagi mak bangun,masak nasi dan lauk-lauk
masa sekolah dulu,mak balik tengah hari
untuk bagikan makanan tengah hari
habis lunch hour mak jalan kaki balik office masa panas terik
susahnya mak
umur mak dah menginjak tua
kaki mak dah tak kuat
selalu mak mengadu sakit, yang anakmu ini mampu buat
hanya mampu sapukan ubat dan urut
anakmu ini tak pernah jemu gunakan kudrat tangan ni
urut mak,andai tangan ni yang bagi mak kelegaan
Alhamdullilah mak,
ketiga-tiga anak mak
berjaya masuk universiti
ini hadiah kami buat mak
mak selalu bagitau, mak tak pernah nak hadiah
yang mak nak adalah kejayaan anak-anak
insyaallah,ktorang janji akan tunjuk depan mata mak
segulung jazah, Amin :)
Ya Allah panjangkanlah umur ibuku
lindungilah dia dari segala kesakitan dan kedukaan di dunia dan akhirat
izinkanlah anak-anaknya ini membahagiakan dia
sebelum dia menutup mata
* janjiku,akan ada lagi kejayaan yang akan anakmu ini tunjukkan*
maaf tahun ni,tak ada hadiah seperti tahun2 yang lepas
tapi akan ada surprise minggu depan ye mak :)
p/s: aku bersyukur,semalam pada HARI IBU,aku akhirikan hari semalam dengan mengurut kaki mak yang sakit waktu dia tidur
aku urut sambil selawat agar sakitnya dikurangkan
Alhamdullilah,pagi2 tadi dia bangun,dia caka kaki dia dah lega
boleh berjalan dengan elok :)