Selamat Hari Guru buat warga pendidik :)
walaupon sudah 2 tahun meninggalkan zaman persekolahan ni
tapi jasa2 cikgu tak pernah saya lupa
walaupon hanya ucapan sebagai hadiah
tidak seperti dulu, sanggup habiskan duit nak beli hadiah kat kedai RM2
semata-mata nak kasi cikgu2 hadiah :) tanda sayang..
dulu selalu tulis dan deklamasi sajak untuk cikgu2,
buat banner masa hari cikgu,berlakon sketsa
cium tangan cikgu ,bagi kad (kalo nak jimat bajet)
rindu plak zaman sekolah ni
okay,masa sekolah rendah masa darjah 2 dan 3
aku dapat guru kelas yg sama
Cikgu Hamidi,
banyak sgt kenangan dgn dia,
dia tegas tapi baik gila!
suka sapu kelas sambil mengajar
tiap2 minggu ktorang dapat kelas terbersih
selalu kena berdiri kalau tak hafal sifir,kena cubit sbb tak siap homework
paling aku ingat,aku hadiahkan deodorant ayah aku yg dah guna kt cikgu ni masa birthday dia
sebab tak ada duit nak beli hadiah,last2 aku curi deodorant ayah aku pastu balut cantik2 :)
masa dia nak pindah darjah 4, sedih wo!
tiap2 hari aku call rumah dia kat dungun
sampai tension bini dia,ada "perempuan "yg mengganggu laki dia.. HAHAHA
masa tu sanggup pergi public phone,nak call cikgu Hamidi
aku dok kacau dia dari bujang sampai anak dua
sekarang aku dh lost contact,dah lupa no fon rumah dia :(
aku nak sangat bagitau,anak murid dia yg comot dulu dah berjaya jd manusia :)
cikgu hamidi,2 Amanah
Thanks juga kepada cikgu Hanisah,Sir Paul Nyering Anak Sendau ,cikgu Khairani, Tec Emilia,cikgu Rozaini.. banyak lagi,tp dah lupa nama :)
cerita sekolah menengah :)
aku pernah menangis sebab cikgu tingkatan masa form 1, Puan Yusnita pindah
form 2,tec audrey sharon yg garang
form 3,tak best!
form 4,Alhamdullilah dapat cikgu tingkatan yang sangat best!
rasa sangat rapat dgn cikgu Dzarinah :)
banyak habiskan masa dengan cikgu
menyibuk kat bilik guru,ikut cikgu pergi jalan2,plan outing kelas di tanjung malim
kalau nak cerita kenangan dengan cikgu dzarinah memang banyak
Thanks cikgu, sebab cikgu berjaya ubah saya dari seorang yg pemalu,tak yakin pada diri kepada seorang yang bersemangat
selama 3 tahun saya mencari siapa diri saya
cikgu yang banyak membimbing dan bagi semangat
kalu dulu saya hanya berani di belakang pentas
tapi hari ini,saya mampu berdiri di atas pentas seorang diri untuk deklamasi sajak, pidato
saya mampu menjadi pengawas
dan hari ini,saya masuk ke dunia LAW, yg memerlukan keyakinan untuk berdebaqt dan public speaking
jasa cikgu yang membuat saya berjaya sampai di sini
entah bagaimana mahu saya balas jasa cikgu
Terima Kasih Cikgu, kerana berjaya membentuk diri saya hingga kini
Kau lilinku Cikgu Dzarinah :)
tak lupa kepada tec Norlida,guru kelas 5 Cekal
sgt motherly caring,bonda bagi cekallovers :)
tec,im so sorry kalo mase kelas addmath sy selalu tak focus and main2
but you know that i'm reallly respect and love you :)
kecemerlangan ini untuk cikgu
selalu outing bersama cikgu :)
mommy! guru tingkatan 5,,really2 miss you
Biology teacher,PN Badariah
Chemistry Tec,PN Hadilah
tak lupa kepada guru CB di PLKN yg sgt sporting sebagai guru dan jurulatih
cikgu sha & cikgu shark :)
last but not least, to my lecturers
walaupun tak ada Happy Lecturer's Day
tapi jasa2 lecturer yg bersemangat memberi kami ilmu,tak akan pernah dilupai
para lecturer patut juga dihargai
love you! Mdm Atifah,Mdm Fazlin,Mdm Nazida,Mdm RafidahMdm Azrin,Miss Syida, Prof MAdya Choy Tuck Onn ! !
mdm Atifah,tak pernah tak bagi aku A dlm subject dia
mdm Rafidah, lec global issues,so cantik!
the best,funny ever lecturer walupon tak pernah tak bagi aku B dlm subject dia
Mdm Nazida, LAW 3
walaupon sgt garang,tp sgt cool dan kelakar dlm caranya tersendiri
i means,dia suka perli dan marah tapi buat org gelak dgn ayat dia
Mdm Azrin, the cutest ever lecturer,sangat baik :)
rinduuu ckg hamidi weyhhh !
ReplyDelete